Sekolah Agama Bukit Tongkat mula dibuka pada 1 April 2002 . Kedudukan Sekolah ini adalah secara gunasama dengan Sekolah kebangsaan Bukit Tongkat . Ia telah dibina daripada 3 bangunan 4 untuk kegunaan sekolah Kebangsaan. Manakala tingkat yang diguna pakai oleh Sekolah Agama Bukit tongkat mengandungi 9 bilik darjah, 1 bilik bilik pejabat,, 1 stor, 1 tandas guru dan 2 tandas murid.
Operasi pentadbiran mula mendapat idea baru seiring dengan pesat dunia pendidikan. Pelbagai peraturan ,strategi dan pelaksanaan dan kerja yang sistematik telah diusahakan oleh guru –guru SABT untuk mencapai kecemerlangan yang sistematik.
Bangunan Sekolah :
Pada tahun2003, sekolah agama telah diwujudkan yang diberi nama Sekolah Agama Bukit Tongkat. Antara bangunan dan prasarana yang boleh digunapakai oleh pihak sekolah Agama ialah :
Bilik Darjah :
9 buah kelas dan ditambah sebuah lagi pada tahun 2007.
Pejabat / Bilik Guru :
Sebuah bilik untuk pengurusan sekolah pada tahun 2006.
Surau :
Pihak sekolah kebangsaan telah menyediakan sebuah surau bagi memudahkan pelajar-pelajar melaksanakan solat dan aktiviti-aktiviti keagamaan.
Dataran Kejat :
Pihak sekolah kebangsaan telah menyediakan tempat perhimpunan pelajar-pelajar bagi mengadakan perhimpunan mingguan.
Dewan Serbaguna :
Pihak sekolah telah menyediakan sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan bersama bagi mengadakan sesuatu program dan aktiviti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan